*****Selamat Datang ke Blog Pena Bunga Cinta*****

Saturday, 28 January 2012

Pena : Budi Semalam


"Kring!Kring!Kring!" loceng Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Kemboja baru sahaja berbunyi menandakan waktu rehat baru sahaja bermula.  Farid haikal pelajar tingkatan 3 Melati sedang asyik menyiapkan kerja rumah yang di beri oleh Cikgu Sumayyah walaupun waktu rehat telah menjelma.  "Ba!" sergah seseorang dari belakang.  Farid yang sedang asyik menyiapkan kerja rumah terperanjat dan menyebabkan dia terconteng bukunya itu dengan pensel.  Lantas, Farid terus berpaling untuk melihat siapakah yang berani menggangunya menyiapkan kerja sekolah dengan wajah yang masam mencuka.  'Tiada siapa' getus hatinya.  Kemudian, Farid pun berpaling ke hadapan semula untuk menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.  "Ba!" sekali lagi Farid diusik oleh orang yang sama.  Farid terkejut dan menyebabkan pensel yang berada di dalam genggamannya terpelanting ke atas lantai.  Farid mengurut dadanya sambil menarik nafas dan lepas.  "Kau rupanya! Nasib baik aku tiada sakit jantung," kata Farid dengan nada marah.  "Sorry la, Farid," rayu Ikram.  "Sorry,sorry, lepas tu buat lagi," rajuk Farid.  "Aku tahu kau dah lapar, jom! Pergi kantin.  Nanti ramai orang susah nak cari tempat duduk," bodek Ikram.  "Kau ni ada je cara kau nak bodek aku.  Tapi, disebabkan hari ni kau dah kacau aku buat kerja rumah, kau kena belanja aku makan kat kantin," kata Farid sambil senyuman manis terukir di bibirnya.  "Tak ada masalah.  Kalau kau nak suruh aku belanja kau makan semua makanan yang ada kat kantin tu pun boleh," kata Ikram tanda setuju untuk membelanja Farid makan di kantin sekolah.  "Kau ingat aku ni ikan pirana ke? Lain la kalau kau, tak payah pelawa dah makan dulu," sakat Farid.  Apalagi terburai ketawa Ikram mendengar celoteh Farid.  

         Sesampainya di kantin, kelihatan ramai pelajar sedang beratur panjang.  Mereka pun turut beratur di barisan yang sama untuk mebeli makanan.  Di satu sudut, Farid ternampak Arif dan Adam sedang duduk bersama sambil menikmati santapan yang di dbeli dari kantin.  'Bukankah mereka bergaduh gara-gara berebutkan seorang perempuan yang menjadi idaman semua lelaki termasuk aku.  Mungkin mereka sudah berbaik.  Biarlah, malas aku nak ambil tahu tepi kain orang lain,' getus hatinya seorang diri.  Setelah dua minit menunggu akhirnya sampai juga Farid dan Ikram ke kaunter yang terdapat banyak makanan dan minuman di situ.  "Ikram, jangan lupa janji kau," kata Farid setelah sebungkus nasi lemak dan air milo ais sudah berada di dalam genggamannya.  "Ye Farid, aku tak lupa,"jawab Ikram sambil mengeluarkan duit daripada dompet kulit miliknya.  Kemudian, Farid mengajak Ikram duduk di meja yang berdekatan dengan meja yang diduduki oleh Arif dan Adam.  "Arif dan Adam?" soal Ikram kehairanan.  "Aku rasa mereka dah berbaik la, kalau tak setiap kali jumpa mesti bergaduh, betul tak?" kata Farid menyatakan pendapatnya.  "Betul juga kata kau," sokong Ikram.  "Tak payah sibuk ha diorang, aku dah lapar ni, jom makan," ajak Farid.  "Kau ni kalau lawan dengan ikan pirana pun ikan tu yang kalah," kata Ikram sambil menggeleng-gelenggkan kepalanya.

*********************************************************************************

Jam menujukkan tepat jam 12 malam.  Tiba-tiba, bunyi ketukan pintu memecah kesunyian malam.  'Pasti ayah baru balik' kata Farid bermonolog sendiri.  Puan Jamilah, ibu Farid melangkah laju menuju ke pintu utama.  Daunnya dikuak laju.  Tiba-tiba, satu tamparan hinggap di pipi gebu milik Puan Jamilah.  "Abang!" kata Puan Jamilah dengan nada sedih.  Dia tidak menyangka Encik Arman, suaminya sanggupsanggup menamparnya.  Dulu, jangankan penampar nyamuk yang ingin menghisap darah Puan jamilah pasti akan dihalau oleh Encik Arman.  Sebegitu dalamnya kasih Encik Arman terhadap Puan Jamilah.  Namun, semua itu hanya tinggal kenangan.  Memori itu tersimpan kemas di dalam lipata hatinya.  Kini, Encik Arman buka lagi lelaki yang pernah dikenalnya dahulu.  Perwatakannya berubah serta-merta semenjak perniagaannya muflis akibat dianiaya kawan sendiri.  Puan Jamilah pula yang terkena tempiasnya.  Dipukul dan disepak sudah menjadi kebiasaan.  Tubuhnya lebam di sana sini.  Belum sempat dirawat bertambah lagi.

         "Kenapa lambat buka pintu? Kau nak biar abang tidur di luar? Isteri jenis apa kau ni?" jerit Encik Arman dengan nada marah.  Rambut Puan Jamilah yang disanggul rapi dicengkam dengan kuat dan tubuhnya dihempas ke lantai.  Rintihan si isteri tidak diendahkan akibat dirasuk syaitan durjana.  Farid yang tidak sanggup mendengar rintihan ibunya terus turun ke ruang tamu yang berada di tingkat bawah dengan segera.  "Ayah!" jerit farid dengan lantang.  "Kau pergi naik atas.  Jangan masuk campur urursan kami.  Tak payah nak tunjuk hero kat sini.  Pergi! Pergi! Kau tak faham bahasa ke?" gertak Encik Arman.  "Ayah ni kenapa? Sanggup ayah buat ibu macam ni.  Selama ini ibu selalu ada di samping ayah, sokong setiap tindakan ayah.  tapi ini ke balasan yang pantas ibu dapat?  Masa ayah sakit, ibu yang jaga.  Masa ayah ada masalah kewangan ibu yang tolong.  Ayah tau tak ibu guna duit siapa? Ayah tau tak?" kata Farid dengan nada yang sedih.  Tanpa disedari air mata yang entah bila bergenang di tubir mata Farid jatuh membasahi pipinya yang putih gebu.  "Ya! Ayah tahu," kata Encik Arman.  Dia terduduk.  Air mata laju turun membasahi pipinya.  Kekesalan jelas terpancar di wajahnya.  Kemudian, Encik Arman memaut kemas tangan Puan Jamilah.  "Hubby, ma...ma...maafkan abang, dalam hal ni abang yang bersalah," kata Encik Arman memohon kemaafan tanda penyesalan.  "Abang, hubby dah lama ma....,"belum sempat Puan Jamilah menghabiskan kata-kata dunianya gelap dengan tiba-tiba.            

******************************BERSAMBUNG**************************************



No comments:

Post a Comment